JUMLAH pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencapai jumlah paling tinggi dengan 902 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam sebanyak 890 kes pesakit ditempatkan di ICU.
Jumlah pesakit yang dirawat di ICU bertambah walaupun kes jangkitan baharu menurun untuk hari kelimat berturut-turut.
Dr Noor Hisham berkata pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan di ICU juga meningkat kepada 447, angka tertinggi setakat ini.
Selain itu katanya sebanyak 82 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan angka korban keseluruhan 3,460 orang.
Ini bermakna jumlah kematian akibat wabak itu juga menurun buat hari ketiga berturut-turut.
Bagi kes pulih, sebanyak 7,548 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 534,357.
Pecahan kematian menujukkan 23 korban dicatatkan di Selangor, 11 di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (8), Kedah (5), Kelantan, Perak and Sarawak (4 each), Labuan (2) dan masing-masing satu di Sabah, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak enam korban direkodkan sebagai meninggal dunia di rumah (BID).
Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan dua kes BID manakala masing-masing satu kes di Kelantan dan Sarawak.
Korban tertua yang direkodkan hari ini adalah wanita berusia 96 tahun dari Kelantan manakala mangsa termuda dari Kuala Lumpur berusia 24 tahun yang mempunyai rekod asma dan obesiti. – 7 Jun, 2021.

Komen