5,271 kes Covid-19, terendah dalam 20 hari


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di akaun Twitternya berkata, Selangor masih terus melaporkan kes harian tertinggi dengan 1,374 jangkitan, diikuti Sarawak dengan 703 kes dan Negeri Sembilan 571 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun 2021.

ANGKA kes Covid-19 di negara ini merekodkan penurunan untuk tempoh lima hari berturut-turut dengan 5,271 kes harian baharu dilaporkan hari ini.

Ini kali pertama jumlah kes harian turun ke bawah angka 6,000 dalam tempoh 20 hari lalu, yang kali terakhir dicatat pada 18 Mei dengan 4,865 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di akaun Twitternya berkata, Selangor masih terus melaporkan kes harian tertinggi dengan 1,374 jangkitan, diikuti Sarawak dengan 703 kes dan Negeri Sembilan 571 kes.

Selangor mendahului carta kes keseluruhan dengan 203,520 jangkitan, diikuti Sabah dengan 64,206 manakala Kuala Lumpur (63,372 kes).

Jumlah keseluruhan kes terkini dicatatkan 622,086 kes.

Semua negeri lain di negara ini melaporkan kes baru hari ini, dengan Perlis merekodkan angka terendah dengan satu jangkitan.

Sehingga semalam (6 Jun), sejumlah 3,574,376 dos vaksin diberikan, peningkatan sebanyak 81,183 berbanding hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 2,444,075 menerima dos pertama manakala 1,130,301 sudah melengkapkan kedua-dua dos tersebut. – 7 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen