PARTI politik di Sabah masih tidak tahu sama ada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang diluluskan Persidangan DUN pada 2016 akan dimasukkan ke dalam Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
Kerusi-kerusi itu masih menunggu kelulusan Parlimen.
Berbanding Barisan Nasional (BN), pembangkang kini bersiap-sedia sekiranya kerusi-kerusi itu dimasukkan ke dalam PRU14.
Naib Presiden Parti Warisan Junz Wong berkata parti itu berusaha memasukkan kerusi-kerusi baharu itu ke dalam PRU14.
Katanya, tiada alasan bagi Parlimen untuk tidak meluluskan kerusi-kerusi itu memandangkan telah disahkan oleh Dewan Undangan Negeri.
“Sehingga ke hari ini, Parlimen tidak menyebut apa-apa mengenai 13 kerusi baharu itu.
“Adun-adun Sabah telah mengundi memihak kepada kerusi-kerusi baharu itu tetapi prosesnya tertangguh disebabkan belum mendapat kelulusan Parlimen. Ini memalukan,” katanya.
Kerusi-kerusi itu ialah Bengkoka, Mengaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dampai, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama, dan Kukusan. – 11 Januari, 2018.
Komen