KKM kesan 24 kluster baharu, penularan tempat kerja paling tinggi


KLuster pembinaan antara kluster tempat kerja yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster baharu Covid-19 dengan lebih separuh daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 17 kluster tempat kerja disenaraikan hari ini.

Berikut adalah kluster tempat kerja yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas:

1. Jalan Kampung Yoh in Sebauh dan Bintulu, Sarawak - 58  kes
2. Industri Jalan Bunga Tanjung Tiga di Seremban, Negeri Sembilan - 57 kes
3. Lorong Perusahaan Maju Enam in Seberang Perai Tengah dan Timur Laut, Pulau Pinang- 40 kes
4. Jalan Melaka di Titiwangsa, Cheras and Kepong-7 kes
5. Lubuk Nitik di Seratok dan Betong, Sarawak- 38 kes
6. Lebuh Raja Lumu di Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Petaling -38 kes
7. Jalan Persiaran 67 in Kulai and Johor Bahru, Johor -33 kes
8. Kilometer Dua Belas di Kuala Selangor dan Klang, Selangor -31 kes
9. Jalan Molek Satu di Johor Bahru, Johor - 23 kes
10. Industri Wakaf Tapai di Marang danHulu Terengganu, Terengganu -20 kes
11. Ladang Bukit Ibam di Rompin, Pahang -20 kes
12. Jalan Changkat Permata di Gombak, Selangor -19 kes
13. Industri Mentakab di Temerloh, Pahang -18 kes
14. Gambaron di Telupid dan Sandakan, Sabah -12 kes
15. Jalan Emas Satu Nilai di Seremban, Negeri Sembilan -11 kes
16. Jalan Johor di Batu Pahat, Johor -10 kes
17. Jalan Perak Industri - 10 kes

Kluster ini melibatkan kilang, syarikat pembinaan, sebuah perladangan dan syarikat perkhidmatan.

Selain kluster tempat kerja, KKM juga melaporkan lima kluster komuniti iaitu:
 
1. Jalan Pahang Taiping di Larut,Matang, Selama, Kinta dan Hilir Perak- 86 kes
2. Banting Sri Aman di Sri Aman, Sarawak-59 kes
3. Ijus Pengelayan di Miri dan Marudi, Sarawak-55 kes
4. Kampung Blok 31 di Tawau, Sabah- 33 kes
5. Skim B Meradong di Meradong, Sarawak-28 kes
 
Kluster Ijus Pengelayan dikaitkan dengan perayaan manakala kluster Kampung Blok 31 melibatkan aktiviti ziarah.
 
Dr Noor Hisham berkata buat masa ini terdapat 701 kluster aktif di seluruh negara. – 5 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen