KADAR kebolehjangkitan Covid-19 (r-naught) Malaysia menurun 0.03% mata kepada 1.03 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Labuan, antara negeri paling kecil dalam negara, melaporkan r-naught tertinggi iaitu 1.36.
Semua negeri melaporkan r-naught melebihi 1.0.
Kadar r-naught menunjukkan angka anggaran jangkitan baharu Covid-19 yang menular daripada satu kes.
Kadar itu menurun sejak 29 Mei ketika ia berada pada 1.16. Ia berada pada trend menurun hingga 2 dan 3 Jun, di mana ia kekal pada 1.06 sebelum turun kepada 1.03 semalam.
Malaysia melaporkan 7,748 kes baharu semalam, berbanding 6,624 pesakit Covid-19 yang pulih dan 86 kematian. Kes aktif kekal 84,369.
Sejak pandemik bermula hingga semalam, sebanyak 12.47 juta sampel diambil dan kadar positif 4.83% atau 603,122 individu didapati positif Covid-19. – 5 Jun, 2021.
Komen