KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang mempertimbangkan kemungkinan mungkin tidak boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan bila-bila masa sebelum Ogos tahun ini.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuahnya pada Mac dan Mei depan.
Ditanya jika perkara itu boleh memberi kesan kepada kelayakannya bertanding, Lim berkata: “Mungkin.”
“Saya tahu saya jadi sasaran,” kata setiausaha agung DAP dan timbalan presiden Pakatan Harapan itu kepada wartawan di Komtar hari ini.
Lim didakwa pada 2016 berkaitan perubahan zon dua plot tanah pertanian di Balik Pulau kepada kegunaan kediaman, yang dikatakan memberi faedah kepada pemilik tanah itu, Magnificent Emblem, syarikat yang dikaitkan dengan bekas tuan rumah Lim, Phang Li Koon. – 11 Januari, 2018.
Komen