KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan 24 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan 683 kluster aktif dalam negara ketika ini, tambahnya.
Dr Noor Hisham berkata 19 daripada kluster membabitkan tempat kerja, empat daripada komuniti manakala satu melibatkan sektor pendidikan.
Lima kluster dikesan di Selangor, empat di Johor, masing-masing tiga di Kelantan dan Pahang, serta dua kluster masing-masing di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Satu kluster masing-masing dikesan di Perak dan Kuala Lumpur.
Berikut kluster yang dikesan:
Tempat kerja
1. Tapak Bina Bandar Sunsuria di Sepang, Selangor (39 kes)
2. Tapak Bina Jalan Wawasan di Sepang, Selangor (19)
3. Tapak Bina Persiaran Bukit Raja di Klang, Selangor (97)
4. Jalan Manan 2 di Petaling dan Kuala Selangor, Selangor (53)
5. Taman Sentosa di Hulu Langat, Selangor (28)
6. Japan Brooke di Miri, Sarawak (16)
7. Jalan Flora Utama di Batu Pahat, Johor (43)
8. Jalan Murni Lapan di Kulai dan Johor Bahru, Johor (23)
9. Jalan Angkasa Mas Satu di Johor Baru, Johor (21)
10. Jalan Paya di Muar, Johor (17)
11. Kg Aur di Bachok, Kelantan (20)
12. Jalan Sri Aman di Pasir Puteh dan Kota Baru, Kelantan (15)
13. Jalan 4A Padang Tembak di Kota Baru, Kelantan (13)
14. Industri Perai Empat di Seberang Prai Tengah, Penang (22)
15. Jalan Pasar Bukit Mertajam in Seberang Prai Tengah, Penang (10)
16. Jalan Coastal Sembulan di Kota Kinabalu dan Papar, Sabah (7)
17. Jalan Tembaga Kuning di Larut, Matang dan Selama, Perak (74)
18. Industri Gebeng di Kuantan, Pahang (25)
19. Putra Empati di Putrajaya (7).
Komuniti
1. Sungai Selangan di Sarikei, Sarawak (101)
2. Jalan Cendana di Kulai, Johor (5)
3. Kampung Mat Daling di Jerantut, Pahang (10)
4. Batu Hitam di Kuantan, Pahang (39).
Kluster Damai Budi melibatkan sektor pendidikan dikesan di Cheras, Kuala Lumpur dengan enam kes. – 3 Jun, 2021.
Komen