103 kematian, 880 pesakit di ICU


Seramai 3,096 orang meninggal dunia akibat Covid-19 sejak negara dilanda pandemik tahun lalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2021.

SEBANYAK 103 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini 3,096 orang, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam negara mencatat angka kematian tertinggi dengan 126 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah pesakit yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini seramai 880 orang, dengan 440 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor mencatat angka kematian tertinggi dengan 26 kes, diikuti Kuala Lumpur (15) dan Johor (14).

Sarawak dan Kelantan pula masing-masing melaporkan lapan kematian, masing-masing enam kes di Negeri Sembilan dan Terengganu, masing-masing empat kes di Pulau Pinang dan Kedah, serta masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang.

Tujuh kes dicatat di Sabah, manakala satu kes di Perak.

Kematian di luar hospital atau Brought In Dead (BID) pula lapan, kata Dr Noor Hisham.

Mangsa tertua merupakan wanita berusia 97 tahun di Kelantan yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. 

Mangsa termuda lelaki berusia 27 tahun di Kedah dengan obesiti dan kencing manis.

Jumlah kes aktif juga bertambah kepada 83,331, katanya kenyataan hari ini.

Sebanyak 8,209 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, manakala kes pulih 7,049. – 3 Jun, 2021. 

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen