3 lagi lokaliti di Sarawak bawah PKPD


Tiga lokaliti di Sarawak iaitu di kawasan Julau, Pakan dan Betong dikenakan PKPD bermula hari ini.

TIGA lagi lokaliti di Sarawak iaitu di kawasan Julau, Pakan dan Betong dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PKPD dilaksanakan di rumah panjang (Rh) Jalin, Sungai Masit di Julau dan Rh. Kelambu, Ng Bekakap di Pakan hingga 18 Jun.

PKPD Kampung Hulu Tambak di Betong pula hingga 16 Jun ini.

“Selain itu, JPBN turut mengumumkan penamatan PKPD di Rh. Linggang, Merampu dan Rh. Sat, Ulu Kakup di Pakan esok. PKPD di Rh. Buking, Ulu Kakup juga di Pakan akan tamat pada 5 Jun,” menurut JPBN dalam satu kenyataan hari ini.

Sarawak mencatatkan 588 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 48,620.

Selain itu, lima kes kematian baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah mereka yang terkorban akibat virus berbahaya itu meningkat kepada 305 orang. – Bernama, 2 Jun, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen