EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menyumbangkan satu bulan gaji (Jun 2021) ke Tabung Covid-19 Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik Covid-19 di Pulau Pinang.
“Sumbangan itu akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam serta pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan.
“Sumbangan berkenaan merupakan kali kedua setelah kali pertama diputuskan pada tahun 2020,” katanya. – Bernama, 2 Jun, 2021.
Komen