3,055 disyaki positif Covid-19 hasil saringan komuniti Selangor


Sehingga semalam, seramai 80,981 rakyat di Selangor telah menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma oleh kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Jun, 2021.

SERAMAI 3,055 individu disyaki positif hasil saringan program Saringan Komuniti Covid-19 yang dianjurkan secara percuma melibatkan 38 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, setakat semalam.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi hantaran di akaun Facebook @Amirudin Shari berkata sehingga 1 Jun (semalam), seramai 80,981 rakyat di Selangor telah menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma oleh kerajaan negeri.

“Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 50,000 individu dan inisiatif ini akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam,” katanya dalam hantaran itu.

Program anjuran kerajaan Selangor itu mula dilaksanakan pada 8 Mei lepas sehingga 10 Jun dan ia merupakan program saringan percuma melibatkan rakyat di 56 DUN di Selangor. – Bernama, 2 Jun, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen