Putrajaya perlu jelas tentang SOP Covid-19, kata Pakatan


Pakatan Harapan mengakui pandemik Covid-19 perlukan tindakan mendesak dan drastik, namun tindakan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk melangkaui batas undang-undang dan hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 1 Jun, 2021.

JAWATANKUASA Perundangan Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang menimbulkan kekeliruan dan tidak dikuatkuasakan secara seragam.

Mereka mendesak kerajaan mengkaji semula SOP dan peraturan tersebut untuk memastikannya selaras dengan undang-undang.

SOP seperti itu juga perlu sesuai dengan keperluan perundangan, yang bermaksud ia mesti mudah diakses oleh orang ramai, dapat difahami, jelas dan adil.

“SOP yang jelas dan ringkas yang ditegakkan secara seragam sangat penting mustahak.

“Jawatankuasa ini akan berusaha memastikan ia dapat dicapai, terutama dengan pengumuman terbaharu ini mengenai sekatan pergerakan penuh di seluruh negara,” kata jawatankuasa PH dalam satu kenyataan.

Antara peraturan yang tidak adil disebutkan adalah hukuman RM10,000 bagi individu, dan RM50,000 untuk syarikat, yang dilihat terlampau tinggi.

“Amaran baru-baru ini di sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) tidak adil dan tidak masuk akal bagi pemilik perniagaan premis dan pusat beli-belah.

“Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah menimbulkan persoalan mengenai kesahihan mereka, terutamanya yang tidak bagus, dan yang bergantung hanya kepada polis atau pegawai kesihatan untuk penguatkuasaan.”

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan ahli Parlimen Selayang William Leong, ketiga mereka peguam, adalah anggota jawatankuasa tersebut.

Mereka mengakui pandemik Covid-19 perlukan tindakan mendesak dan drastik, namun tindakan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk melangkaui batas undang-undang dan hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana negara kini berada dalam perintah darurat untuk memerangi pandemik, ahli jawatankuasa itu menambah, ia akan meneliti enakmen, peraturan, perintah dan arahan yang terletak di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, dan DDarurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2 ) Ordinan 2021 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pemantauan dan pengawasan seperti ini penting memandangkan semak dan imbang melalui Parlimen tidak dapat dijalankan kerana Parlimen ditangguh di bawah Ordinan Darurat.

“Ahli jawatankuasa berpendapat aturan undang-undang perlu dipakai walaupun ketika darurat kesihatan, begitu juga ia terpakai oleh kuasa eksekutif di waktu biasa.”

Mengenai kedaulatan undang-undang di kawasan lain sepanjang pandemik ini, ahli jawatankuasa itu mengingat kembali mengenai kematian dalam tahanan dan tindakan lambat Peguam Negara (Idris Harun) dan Ketua Polis Negara (Acryl Sani Abdullah Sani).

“Kes Surendren Shanker, Sivabalan Subramaniam dan A. Ganapathy yang baru-baru ini meninggal dunia ketika dalam tahanan dalam jangka waktu kurang dari dua bulan telah menimbulkan persoalan mengenai wujudnya salah laku.

“Dengan demikian, ahli jawatankuasa akan berusaha untuk menekan pihak berwajib mengenai progres siasatan dan memastikan ketelusan dalam proses itu.” – 1 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen