25 kluster baharu Covid-19, 14 berkaitan tempat kerja


Ravin Palanisamy

Sebanyak 25 kluster tambahan hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini berjumlah 2,188 di mana 655 masih aktif. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 31 Mei, 2021. 

SEBANYAK 14 daripada 25 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dikaitkan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata sembilan yang lain berkaitan dengan jangkitan komuniti, satu di institusi pendidikan dan satu lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Sarawak, Kedah, Kuala Lumpur dan Pahang masing-masing melaporkan tiga kluster, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak melaporkan dua kluster, sementara Melaka, Terengganu dan Sabah masing-masing melaporkan satu kluster.

Noor Hisham berkata, 25 kluster tambahan hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini berjumlah 2,188 di mana 655 masih aktif.

25 kluster yang dikesan dalam tempoh 24 jam terakhir adalah:

Tempat kerja

1. Jalan Alam Jaya di Hulu Langat, Selangor dengan 35 kes

2. Jalan Perusahaan Dua Lima di Hulu Langat, Gombak dan Petaling, Selangor (29)

3. Jalan Coastal Bintulu-Miri di Bintulu, Sarawak (49)

4. Jalan Sierra Perdana Empat di Johor Bahru, Johor (7)

5. Dah PKNK 3/8 di Kuala Muda, Kedah (48)

6. Perindustrian Trisegi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (19)

7. Jalan Mahsuri Kluang di Kluang, Johor (52)

8. Klebang Construction Site di Melaka Tengah, Melaka (124)

9. Lintang Bayan Lepas Enam di Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Sentral, Penang (25)

10. Industri Bukit Minyak Tujuh di Sental dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (15)

11. Industri Indera Mahkota di Kuantan, Pahang (28)

12. Muara Tabuan di Kuching, Samarahan, Serain, Asajaya, Sarawak (152)

13. Industri Jalan Karak di Bentong, Pahang (37)

14. Jalan Sudirman di Temerloh, Pahang (18)

Kluster lain:

15. Jalan Pantai Permai di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (22)

16. Langgar Hilir di Hulu Terengganu dan Marang, Terengganu (32)

17. Kg Gelong Badak di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan (18)

18. Tok Jawa di Bachok, Kelantan (10)

19. Jalan Jambusan-Sunchar di Bau dan Kuching, Sarawak (18)

20. Dah Bangan di Padang Terap dan Pendang, Kedah (41)

21. Kg Sg Kerang di Manjung dan Perak Sentral, Perak (21)

22. Milenium di Tawau, Sabah (34)

23. Kg Laneh di Kuala Bangsar dan Sentral Perak, Perak (23)

24. Dah Batu Dua di Kota Setar, Kedah (19)

25. Persiaran Titiwangsa di Titiwangsa dan Kepong, Kuala Lumpur (13) – 31 Mei, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen