Copa America Argentina ditangguh sebab kes Covid-19 naik


Sebuah tinjauan Argentina diterbitkan pada Jumaat mendapati 70 peratus responden menentang mengadakan kejohanan itu kerana negara sedang mengalami fasa terburuk wabak. – Gambar AFP, 31 Mei, 2021.

PENGANJURAN kejohanan bola sepak Copa America oleh Argentina telah ditangguhkan “kerana keadaan semasa,” kata CONMEBOL pada Ahad, ketika negara itu berperang dengan peningkatan kes koronavirus.

Badan bola sepak Amerika Selatan, yang minggu lalu mengeluarkan Colombia sebagai rakan penganj kerana rusuhan berdarah, berkata ia sedang mempertimbangkan tawaran lain untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

“CONMEBOL memberitahu, memandangkan keadaan getir ketika ini, pihaknya memutuskan untuk menangguhkan Copa America di Argentina,” tulis badan kerajaan itu.

“CONMEBOL sedang menilai tawaran negara lain yang menunjukkan minat untuk mengadakan kejohanan benua itu.”

Sebuah tinjauan Argentina diterbitkan pada Jumaat mendapati 70 peratus responden menentang mengadakan kejohanan itu kerana negara sedang mengalami fasa terburuk wabak.

Kurang dari dua minggu sebelum permulaan Copa America, Argentina menghadapi sekatan pergerakan selama sembilan hari selain peningkatan kes Covid-19. – AFP, 31 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen