Tiada lagi rentas negeri untuk pasangan jarak jauh


Ravin Palanisamy Chan Kok Leong

Pasangan suami isteri jarak jauh tidak dibenarkan rentas negeri sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mei, 2021.

PASANGAN suami isteri jarak jauh tidak dibenarkan rentas negeri sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa.

Peraturan itu dinyatakan dalam senarai prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Selain itu, lawatan perniagaan jangka pendek juga tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan polis.

 Semua sektor pendidikan juga akan ditutup sepanjang tempoh ini, sama seperti dilaksanakan pada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

Antara aktiviti lain yang dilarang termasuk operasi kasino, lumba kuda, pasar malam, spa, pusat urut dan kedai gunting rambut.

Pusat cucian kereta, kedai emas, kedai aksesori kereta, barangan sukan, buku, perabot dan pakaian juga tidak dibenarkan beroperasi.

Senarai penuh aktiviti yang dilarang boleh diperoleh daripada pautan ini https://www.mkn.gov.my/?v=1.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen