Kes baharu Covid-19 turun mendadak hari ini


Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 semalam, pengurangan sebanyak 2,021 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2021.

KES baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 semalam, pengurangan sebanyak 2,021 kes.

Menerusi hantaran twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,477 kes, diikuti Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468) dan Johor (433).

Selain itu, Kedah merekodkan 422 kes, Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214),  Perak (212), Melaka (202), Sabah (190), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (tujuh). – Bernama, 24 Mei, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen