Bekas menteri persoal bila kerajaan akan beri 150,000 suntikan vaksin setiap hari


Ravin Palanisamy

Kerajaan sebelum ini menyasarkan 150,000 suntikan vaksin sehari menjelang Jun ini apabila jumlah bekalan vaksin yang lebih tinggi akan diterima pada bulan hadapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mei, 2021.

KERAJAAN harus menyatakan secara tepat apabila memaklumkan akan mencapai kadar vaksinasi 150,000 dos sehari pada Jun, kata Yeo Bee Yin.

Yeo, bekas menteri sains, teknologi dan inovasi juga bertanya kepada penggantinya Khairy Jamaluddin sama ada 150,000 dos sehari adalah kadar vaksinasi maksimum atau sederhana.

Khairy juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada menteri imunisasi Khairy Jamaluddin mengenai pengumumannya berkenaan rancangan kerajaan meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 150,000 dos sehari.

“Adakah pada 1 Jun, pertengahan Jun atau akhir Jun? Ini kerana kelewatan dalam beberapa minggu boleh menjadi masalah hidup dan mati bagi ratusan rakyat Malaysia.

“Saya juga ingin tahu sama ada sasaran 150,000 dos sehari adalah kadar maksimum vaksinasi harian atau sederhana? Ini kerana saya perhatikan bahawa kerajaan cenderung mengumumkan kadar vaksinasi harian pada hari-hari ketika ia tinggi dan bukannya memberi purata 7 hari untuk memberi gambaran yang lebih baik daripada kenyataan di lapangan,” kata ahli Parlimen DAP dalam satu kenyataan hari ini. 

Pada Khamis, Khairy berkata Malaysia akan menerima vaksin tambahan dari Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca dalam beberapa bulan mendatang bagi mempercepatkan pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan.

Beliau berkata dengan pemberian vaksin tambahan, kerajaan meningkatkan pemberian 150,000 dos sehari pada Jun.

Yeo, yang merupakan ahli Parlimen Bakri berkata dengan peningkatan kadar jangkitan, kadar vaksinasi akan meningkat lebih 150,000 dos sehari melibatkan pengamal am swasta dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Beliau berkata kelewatan pemberian vaksin memberi kesan besar kepada jumlah kes positif yang dilaporkan setiap hari. – 30 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen