Ribuan rakyat Brazil bantah Bolsonaro 


Ribuan rakyat Brazil turun ke jalan raya di Rio de Janeiro bagi membantah Presiden Jair Bolsonaro yang didakwa gagal menguruskan pandemik.– Gambar EPA, 30 Mei, 2021.

PULUHAN ribu rakyat Brazil mengadakan tunjuk perasaan membantah Presiden Jair Bolsonaro yang didakwa gagal menguruskan pandemik yang meragut hampir 460,000 nyawa setakat ini di negara itu. 

Di Rio de Janeiro, kira-kira 10,000 orang memakai topeng berarak di jalan raya.

Perhimpunan yang sama turut berlaku di beberapa bandar utama lain, dalam gelombang bantahan baharu terhadap Bolsonari yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu. 

Brazil merekodkan angka kematian kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat. 

Antara yang dibangkitkan penunjuk perasaan adalah berapa ramai nyawa yang boleh diselamatkan sekiranya kerajaan Bolsonaro memulakan vaksinasi lebih awal di negara itu. 

“Kita mesti hentikan kerajaan ini. Cukup-cukuplah,” kata seorang ahli perniagaan Omar Silveira kepada AFP ketika ditemui di Rio. 

“Bolsonaro adalah pembunuh, orang gila. Dia tiada perasaan. Dia tidak merasakan apa yang kami rasa. Dia tidak nampak bencana yang telah dia lakukan.”

Penunjuk turut membidas Bolsonaro kerana membenarkan penerokaan hutan Amazon dan merampas tanah daripada orang asal serta dilabel sebagai rasis. 

Tunjuk perasaan turut berlaku di beberapa bandar utama lain termasuk Brasilia, Salvador dan Belo Horizonte. – AFP, 30 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen