Wartawan diharap tabah bertugas ketika pandemik Covid-19, kata menteri


Wartawan di negara ini diharapkan terus tabah bertugas ketika Malaysia berdepan dengan penularan Covid-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah sempena Hari Wartawan Nasional hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mei, 2021.

WARTAWAN di negara ini diharapkan terus tabah dalam melaksanakan tugas khususnya ketika Malaysia berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata wartawan memainkan peranan penting sebagai jambatan maklumat kepada masyarakat.

Sambil berterima kasih kepada para wartawan, Saifuddin turut mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di Malaysia.

“Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Bermula pada 2018, tarikh 29 Mei setiap tahun diumum sebagai Hari Wartawan Nasional. – Bernama, 29 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen