Kes jangkitan meningkat, Guangzhou laksana sekatan pergerakan


Pihak berkuasa tempatan masih melaksanakan ujian saringan besar-besaran dan kira-kira 700,000 penduduk telah menjalani proses itu setakat Rabu lalu. – Gambar EPA, 29 Mei, 2021.

BANDAR Guangzhou selatan China dikenakan sekatan pergerakan penuh ekoran peningkatan kes baharu Covid-19 di kawasan tersebut.

Dalam tempoh seminggu,  sebanyak 20 kes baharu dilaporkan di bandar itu yang didiami hampir 15 juta penduduk.

Pihak berkuasa kesihatan Guangzhou mengeluarkan notis yang menyatakan lima kawasan dikenalpasti sebagai lokasi berisiko tinggi dan mengarahkan semua penduduk kekal di rumah sehingga ujian saringan pintu ke pintu selesai.

Sekolah, pasar dan pusat hiburan di kawasan itu turut diarahkan tutup.

Pihak berkuasa tempatan masih melaksanakan ujian saringan besar-besaran dan kira-kira 700,000 penduduk telah menjalani proses itu setakat Rabu lalu.

China dilihat berjaya mengawal penularan virus itu dan mengetatkan syarat kuarantin selepas peningkatan kes di negara-negara jiran.

Penularan terbaru di Guangzhou dipercayai ada kaitan dengan wanita berusia 75 tahun yang didapati positif wabak itu dengan varian dari India.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan di China adalah sebanyak 91,061 dengan 4,636 kematian. – AFP, 29 Mei, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen