Siasatan asal usul Covid-19 dicemari politik, kata WHO


Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO Dr Michael Ryan berkata usaha mengkaji asal usul virus Covid-19 dicemari unsur politik.– Gambar AFP, 29 Mei, 2021.

PERTUBHAN Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata usaha mengkaji asal usul virus Covid-19 dicemari unsur politik, dan menggesa saintis diberi ruang untuk menjalankan siasatan.

“Kami menggesa supaya pisahkan sains dari politik dengan sains. Biarkan kami cari jawapan dalam persekitaran yang positif.

“Seluruh proses ini diracuni politik,” kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO Dr Michael Ryan kepada pemberita.

Tambahnya, mempolitikkan asal-usul Covid-19 manipulasi politik dan saling menuding jari hanya akan melemahkan usaha mengkaji asal usul dan seterusnya membendung penularan Covid-19.

Dr Ryan berkata siasatan memerlukan banyak kajian dan rumit.

WHO menghadapi tekanan untuk mengkaji asal usul virus Covid-19 yang mula dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden minggu ini mengarahkan agensi risikan negara itu menyiasat asal-usul Covid-19, sama ada virus itu berpunca dari haiwan atau kemalangan di makmal.

WHO semalam berkata ia masih menunggu saranan dari sekumpulan pakarnya berhubung langkah lanjutan siasatan.

“Pakar teknikal ini akan menyediakan cadangan untuk menjalankan kajian lanjutan, yang akan diserah kepada ketua pengarah.

“Pengarah kemudiannya akan berbincang dengan negara-negara anggota berkenaan langkah seterus yang perlu diambil,” kata jurucakapnya Fadela Chaib kepada pemberita.

Mac lalu, hasil siasatan pasukan antarabangsa diketuai WHO dengan kerjasama saintis China menolak kemungkinan virus Covid-19 disebarkan akibat kebocoran makmal di Wuhan.

Pasukan itu menyimpulkan bahawa kemungkinan besar virus itu tersebar kepada manusia dari kelawar melalui haiwan perantara. 

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kemudian berkata semua hipotesis mengenai bagaimana pandemik itu bermula hanya dilakukan di atas meja dan memerlukan tindakan lanjut.  – AFP, 29 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen