Lebih 70,000 kes aktif Covid-19 di Malaysia


Kes aktif Covid-19 di Malaysia sekarang melebihi angka 70,000 susulan rekod baharu dicatatkan hari ini dengan jangkitan baharu mencecah 8,290 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2021.

KES aktif Covid-19 di Malaysia sekarang melebihi angka 70,000 susulan rekod baharu dicatatkan hari ini dengan jangkitan baharu mencecah 8,290 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 72,823 kes aktif pada masa ini dalam negara.

Jumlah itu membabitkan pesakit yang sedang dirawat, sama ada di hospital atau kuarantin di rumah bagi mereka yang bergejala sederhana.

Bagaimanapun, kes kritikal juga semakin meningkat dengan kemasukan di unit rawatan rapi yang tinggi iaitu 808 kes.

Daripada jumlah itu, 403 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia turut merekodkan 61 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit terkorban akibat Covid-19 ialah 2,552. – 28 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen