HONG KONG semalam mencatatkan sifar kes positif Covid-19 untuk kali pertama dalam masa lebih setengah tahun, lapor South China Morning Post.
Perkembangan itu dilaporkan sebagai kejayaan kempen mengawal gelombang keempat wabak yang bermula November tahun lalu.
Hong Kong kali terakhir mengesan sifar jangkitan baharu Covid-19 pada 14 Oktober, namun rekod itu dipertikaikan kerana ia pada masa itu dilanda Taufan Nangka yang menjejaskan proses saringan.
Rekod sifar jangkitan sebelumnya dicatatkan pada 16 Jun 2020, pada hujung gelombang kedua Covid-19 di wilayah itu.
Pihak berkuasa Hong Kong menetapkan rekod sifar jangkitan sebagai antara syarat membuka semula sempadannya dengan China.
Setakat semalam, keseluruhan 11,836 kes Covid-19 dikesan di Hong Kong dengan 210 kematian. – 28 Mei, 2021.
Komen