20 kluster baharu Covid-19 di tempat kerja, komuniti, kata KP Kesihatan


Jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini berjumlah 2,102 dengan 604 kluster aktif di seluruh negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mei, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 20 kluster baharu Covid-19 melibatkan tujuh di tempat kerja, lapan di komuniti, tiga di pusat agama dan masing-masing satu di pusat pendidikan dan tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 20 kluster itu terletak di Johor, Sabah, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang, Perak dan Sarawak.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kluster sebanyak 2,102 dengan 604 kluster aktif di seluruh negara.

Berikut adalah senarai kluster terbaru:

Komuniti

1. Jln Pinang di Johor Bahru, Johor (16 kes)

2. Jln Wawasan Tanjung di Kota Tinggi, Johor (16 kes)

3. Serom Lima di Tangkak, Johor (19 kes)

4. Jln Rusa Waha di Kota Tinggi, Johor (23 kes)

5. Sri Sentosa di Bachok, Kuantan (24 ke)

6. Telok Kemunting di Bachok, Kuantan (19 kes)

7. Kg Banggol Petaling di Pasir Mas, Kuantan (21 kes)

8. Desa Ranggu di Tawau, Sabah (18 kes)

Tempat kerja

9. Beg Berkunci di Hulu Selangor, Selangor (12 kes)

10. Persiaran Kuala 2 di Petaling, Selangor (32 kes)

11. Selumit di Sibu, Sarawak (19 kes)

12. Sri Mahang di Kota Bharu, Kuantan (24 kes)

13. Jln Tahana Industri di Johor Bahru, Johor (6 kes)

14 Tmn Shamelin di Cheras, Kuala Lumpur (31 kes)

15. Batu Sepuluh Jln Gambang di Kuantan, Pahang (7 kes)

Pusat keagamaan

16. Tebuk Binjai di Sabak Bernam, Selangor (71 kes)

17. Jln Syawal di Jerantut, Pahang (20 kes)

18. Jln Cenderawasih di Kinta, Perak (230 kes)

Pusat tahanan

19. DTI Tanah Merah di Tanah Merah, Kuantan (372 kes)

Pusat pendidikan

20. Jln Koleg Yayasan di Alor Gajah, Melaka (56 kes) – 27 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen