Malaysia catat 7,289 kes baharu Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,289 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mei, 2021.

MALAYSIA melaporkan rekod baharu jumlah kes harian Covid-19 dengan 7,289 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan kes keseluruhan di negara ini 525,889.

Ini juga kali pertama jumlah kes baharu harian melepasi angka 7,000.

Selangor melaporkan kes paling banyak iaitu 2,642 diikuti Johor dan Kuala Lumpur dengan masing-masing 664 dan 604 kes. – 25 Mei, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen