SITUASI pandemik Covid-19 dalam negara ketika ini semakin kritikal dan menyedihkan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Malaysia kini berada di tangga ke-10 mencatat angka harian paling tinggi dalam dunia, tambahnya.
“Negara lain semakin memulih tapi keadaan Malaysia kekal kritikal.
“Negara kita catat rekod kematian baru tertinggi sekali lagi semalam, 362 nyawa terkorban dalam tempoh 7 hari lepas sahaja,” katanya melalui catatan di Facebook hari ini.
Semalam, sebanyak 6,509 kes baharu Covid-19 dilaporkan, dengan jumlah 711 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU).
Angka kematian yang direkodkan semalam pula 61 orang, yang tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif korban akibat Covid-19 bertambah kepada 2,309 kes. – 25 Mei, 2021.
Komen