20 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini


Sebanyak 20 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini di mana lapan daripadanya dikaitkan dengan tempat kerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2021.

SEBANYAK lapan daripada 20 kluster baharu Covid-19 hari ini dikaitkan dengan tempat kerja, lapor Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Industri Pengkalan Balak di Alor Gajah, Melaka menyumbang kepada jumlah kes tertinggi dengan 146 jangkitan.

Selain Industri Pengkalan Balak, tujuh kluster tempat kerja lain dalam senarai tersebut adalah:

1. Jalan Tengkorak di Kuala Selangor – 8 kes

2. Jalan Bestari Satu di Klang dan Petaling – 53 kes

3. Jalan Dato Sellathevan Empat di Selangor – 86 ke

4. Wakaf Tembesu di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu, Terengganu – 21 kes

5. Jalan Todak di Seberang Perai Tengah, Penang – 13 kes

6. Jalan Perindustrian Bukit Minyak di Seberang Perai Tengah, Penang – 22 kes

7. Jalan Usaha Tujuh di Malacca Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka – 38 kes

Tujuh kluster dikaitkan dengan kilang sementara kluster Wakaf Tembusu dikesan di premis perniagaan.

Pihak berkuasa kesihatan juga melaporkan enam kluster yang berpunca dari jangkitan komuniti.

Enam kluster jangkitan komuniti adalah:

1. Jalan Akik di Kota Tinggi, Johor – 18 kes

2. Deluxe di Penampang dan Semporna, Sabah – 12 kes

3. Kampung Padawan di Papar dan Kota Kinabalu, Sabah – 10 kes

4. Kampung Pangkal Payung di Machang, Kota Bharu, dan Tanah Merah – 9 kes

5. Taman Teratai di Lipis, Pahang – 35 kes

6. Patau-Patau di Labuan – 12 kes

Kluster Patau-Patau dan Deluxe dikaitkan dengan perayaan sementara kluster Kampung Padawan berasal dari acara pengebumian.

Selain itu terdapat tiga kluster yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan iaitu Jalan Ehsan Jaya di Johor Bahru, Johor (14 kes), Landai Permai di Cheras, Kuala Lumpur (23 kes), dan Taman Setia Jaya di Seremban dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan (47 kes).

Sementara itu kluster Kilometer Enam Jalan Lipis yang merupakan satu-satunya kluster pendidikan dalam senarai hari ini melaporkan 19 kes. Kes-kes ini dari kluster ini dilaporkan di Raub, Temerloh dan Lipis di Pahang dan juga di seluruh negeri di Cheras, Kuala Lumpur.

Melengkapkan senarai hari ini adalah kluster Jalan Jed dengan 14 kes di Klang dan Kuala Langat di Selangor dan kluster Dermaga Sembilan dengan 19 kes di Johor Bahru.

Jalan Jed melibatkan kumpulan berisiko tinggi di pusat dialisis sementara Dermaga Sembilan yang merupakan satu-satunya kluster import yang dilaporkan hari ini melibatkan kru kapal yang berlabuh di Pasir Gudang.

Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 570 kluster jangkitan aktif di negara ini. – 24 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen