61 kematian baharu Covid-19, 711 di ICU


Jumlah kematian di seluruh negara akibat Covid-19 kini seramai 2,309 orang apabila seramai 61 kematian baharu dilaporkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2021.

MALAYSIA hari ini melaporkan rekod tertinggi kematian akibat Covid-19 iaitu seramai 61 orang manakala 711 pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat sebanyak 60,018 kes aktif.

Jumlah kematian di seluruh negara kini seramai 2,309 orang.

Mangsa paling tua hari ini adalah wanita berusia 98 tahun yang meninggal di Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, mangsa paling muda hari ini adalah lelaki berusia 27 tahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka. Mangsa juga menderita diabetes.

Terdapat enam kes dibawa ke hospital selepas mati hari ini, lima daripadanya adalah warga emas.

Selangor melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan 16 kes, diikuti Johor dengan 11 kes.

Melaka dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan enam kematian.

Negeri lain yang melaporkan kematian adalah Kuala Lumpur (5 kes), Kedah (4), Sarawak (3 kes) Negeri Sembilan (3 kes), Pahang (3 kes) dan Terengganu (2 kes)

Perak dan Labuan, masing-masing melaporkan satu kematian.

Selain itu, 369 pesakit di ICU diletakkan alat bantuan sokongan. – 24 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen