PENDUDUK dunia sedang berperang melawan Covid-19, kata PBB pada Isnin, menyeru menggunakan logik zaman perang digunakan terhadap senjata yang diperlukan untuk memerangi pandemik ini.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mencela tsunami dicetuskan oleh krisis koronavirus.
Menyampaikan perasmian perhimpunan tahunan negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), beliau menunjukkan lebih 3.4 juta orang telah mati dan sekitar 500 juta pekerjaan hilang sejak penyakit ini pertama kali muncul di China pada penghujung 2019.
“Yang paling rentan turut menderita, dan saya risau ini masih belum selesai,” kata Guterres.
“Sedih, kecuali jika kita bertindak sekarang, kita berhadapan situasi di mana negara kaya memvaksinasi rakyatnya dan buka semula ekonomi, sedangkan virus terus merebak dan bermutasi di negara miskin,” katanya.
“Lonjakan demi lonjakan akan meragut ratusan ribu nyawa, dan memperlambat pemulihan ekonomi dunia,” katanya, menegaskan “Covid-19 tidak dapat dikalahkan oleh sebuah negara sahaja.”
Menghadapi situasi yang mengerikan ini, Guterres mendesak pengakuan fakta bahawa “kita sedang berperang dengan virus.”
“Kita perlukan logik dan kehendak kepada ekonomi peranh, bagi membangkitkan keperluan senjata,” katanya.
Ketua PBB minggu lalu meminta G20 menubuhkan pasukan petugas yang menyatukan semua negara dengan kemampuan pengeluaran vaksin selain negara lain yang dapat membantu turut meningkatkan penghasilan vaksin dan alat lain yang diperlukan untuk memerangi Covid-19. – AFP, 24 Mei, 2021.
Komen