INDIA hari ini melepasi angka 300,000 kematian akibat pandemik Covid-19, negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Brazil susulan gelombang jangkitan besar yang melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan.
Data kementerian kesihatan menunjukkan jumlah keseluruhan negara Asia Selatan itu kini sebanyak 303,720 selepas sebanyak 50,000 kematian dicatatkan dalam jangka waktu dua minggu, apabila jumlah jangkitan meningkat lebih 26.7 juta.
India mencatatkan peningkatan jumlah jangkitan dan kematian dalam tempoh sehari dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Negara itu melaporkan 4,454 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, jumlah harian kedua tertinggi sejak mencapai rekod 4,529 pada Rabu.
Ramai pakar percaya bahawa jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi, terutama apabila penyakit ini merebak ke kawasan bandar besar ke kawasan kampung di mana majoriti 1.3 bilion penduduk tinggal serta di mana kemudahan kesihatan dan penyimpanan rekod kurang baik.
Gelombang jangkitan turut menyebabkan kekurangan oksigen dan ubat-ubatan kritikal yang teruk.
Imej mengerikan menunjukkan barisan panjang menunggu untuk upacara pengebumian dan tempat pembakaran mayat sementara turut dibina.
Mayat mangsa yang disyaki dijangki Covid-19 dilihat terapung di Sungai Gangga dan ada mayat yang dikebuikan di tanah perkuburan cetek. – AFP, 24 Mei, 2021.
Komen