KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) di seluruh negara berada pada paras 1.21 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Carta yang dikepilkan bersama catatannya di Twitter hari ini menunjukkan peningkatan Rt berbading 1.18 yang direkodkan pada Sabtu.
Kadar Rt seluruh negara meningkat sejak 16 Mei, yang ketika itu mencatat bacaan 1.05 dengan angka harian jangkitan Covid-19 sebanyak 3,780 kes.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.21. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/LUpPKwvrLs
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 23, 2021
Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 6,976 lagi kes baharu, angka harian tertinggi pernah direkodkan sejak negara dilanda pandemik. Kadar Rt 1.21 yang dicatatkan semalam juga adalah yang tertinggi setakat ini.
Satu lagi carta yang dikepilkan Dr Noor Hisham menunjukkan angka harian jangkitan Covid-19 boleh mencecah 9,000 kes pada Jun sekiranya kadar kebolehjangkitan terus meningkat. – 24 Mei, 2021.
Komen