1,494 disyaki positif selepas disaring kerajaan Selangor, kata MB


Amirudin Shari berkata jumlah tersebut diperoleh melalui 29,239 individu yang menghadiri saringan percuma di 18 DUN berkenaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 Mei, 2021.

SERAMAI 1,494 individu disyaki positif Covid-19 hasil saringan program Saringan Komuniti Covid-19 yang dilaksanakan secara percuma di 18 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, setakat semalam.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi ciapan di akaun Twitter @Amirudin Shari berkata jumlah tersebut diperoleh melalui 29,239 individu yang menghadiri saringan di DUN berkenaan.

“Setakat 22 Mei (semalam), seramai 29,239 individu telah menghadiri Program Saringan Covid-19 oleh kerajaan negeri. 

“Seramai 1,494 individu disyaki positif. Sertai ujian saringan ini dan pradaftar di screening.selangkah.my/login atau gunakan aplikasi SELangkah,” katanya.

Program Saringan Komuniti Covid-19 merupakan program saringan percuma kerajaan negeri ke atas rakyat di 56 DUN di Selangor yang dilaksanakan bermula 8 Mei lepas sehingga 10 Jun. – Bernama, 23 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen