SETELAH Peter Kallang mendaftarkan untuk vaksinasi Covid-19 pada awal April, selama tiga minggu dia tidak mendengar apa-apa status mengenai pendaftarannya.
“Saya semak (aplikasi MySejahtera) setiap hari. Sekurang-kurangnya sekali sehari. Tak ada apa-apa.”
Tidak tahu sama ada pendaftarannya telah diterima atau tidak, penduduk Miri ini buat apa yang kebanyakan orang ramai tidak fikirkan.
Dia daftar sekali lagi, cuma kali ini dia biarkan saja.
Khamis lalu - setelah lebih sebulan - Kallang dihujani panggilan “mengingatkan” kepadanya tentang vaksinasi pada Jumaat dan pusat vaksinasi mana harus dia pergi.
“Saya dapat panggilan dari pejabat Residen, Jabatan Kesihatan dan pusat vaksinasi Eastwood Valley Golf & Country Club,” kata lelaki 71 tahun itu, menceritakan pengalamannya kepada The Malaysian Insight, sambil tertawa.
Dia pergi ke pusat terdekat dengan rumahnya, iaitu di Eastwood Valley Golf & Country Club, untuk mendapatkan dos pertama vaksinnya.
“Ya, saya nak dapatkan vaksin. Tapi saya selau terfikir ‘mereka tak mahu bagi vaksin kepada saya’.
“Dia pengacau, selalu lawan perintah. Tak boleh, dia tak boleh (dapat vaksin).
“Itulah yang bermain dalam fikiran saya setiap kali saya tak dapat respons,” kata Kallang merujuk pada aktivisme alam sekitar yang selalu mengganggu penguasa dan juga perusahaan kayu kayan.
Kallang merupakan pengerusi dan anggota pengasas Save Rivers, sebuah organisasi masyarakat sivil Sarawak yang menyokong dan memberi kuasa kepada masyarakat luar bandar untuk melindungi tanah, dan sungai mereka.
Dia mengepalai kempen dua tahun menentang pembinaan empangan hidroelektrik Baram yang akhirnya menyebabkan kerajaan negeri meletakkan moratorium projek berjuta-juta ringgit pada 2015.
Isterinya yang tidak mengikut caranya mendapatkan vaksin setakat ini masih lag i menunggu giliran.
Lonjakan kes Covid-19 sebenarnya telah membuat ramai orang Sarawak ingin dilindungi secepat mungkin walaupun dengan dos pertama.
Salah satunya ialah Baharuddin Mokshen.
“Tersekat” di Kuala Lumpur sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk berniaga, lelaki berusia 65 tahun ini memilih vaksin AstraZeneca untuk mengurangkan kegelisahannya yang sedang menunggu.
“Saya secara sukarela. Cuma tidak bersedia untuk tunggu lagi lama, ”kata bekas Timbalan Presiden PKR Sarawak ini.
Katanya walaupun terdapat banyak laporan negatif mengenai vaksin itu, dia tetap percaya setelah membaca laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meletakkan vaksin itu sebagai kelima dari segi keberkesanannya. – 23 Mei, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen