MALAYSIA merekodkan 6,976 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, yang merupakan angka tertinggi sejak permulaan pandemik, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 2,235, diikuti Sarawak (663) dan Kelantan (626).
Jumlah kes tertinggi dicatatkan minggu lalu iaitu 6,806 kes.
Noor Hisham berkata jumlah kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 512,091.
Negeri lain seperti Johor melaporkan 549 kes, Kedah (422), Kuala Lumpur (447), Pulau Pinang (372), Negeri Sembilan (434), Perak (279), Sabah (136), Terengganu (266), Melaka (209), Pahang (263), Putrajaya (30), Labuan (37) dan Perlis (8). – 23 Mei, 2021.

Komen