Hampir 10 juta penduduk Itali lengkap 2 dos vaksin Covid-19


Angka rasmi yang dikeluarkan semalam menunjukkan 9.8 juta individu atau 16.6% daripada 60 juta penduduk Itali sudah divaksin setakat ini. – Gambar EPA, 23 Mei, 2021.

KERAJAAN Itali semalam umum hampir 10 juta penduduk negara itu sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan menunjukkan 9.8 juta individu atau 16.6% daripada 60 juta penduduk Itali sudah divaksin setakat ini. 

Dua pertiga daripada jumlah adalah penerima warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Seramai 125,153 orang maut akibat pandemik Covid-19 di Itali sejak negara itu dilanda wabak tahun lalu, kedua tertinggi di Eropah selepas Britain dengan 128 kematian.

Kementerian kesihatan melaporkan 125 kematian dalam tempoh 24 jam semalam, tiga kali lebih rendah berbanding sebulan lalu.

Kadar jangkitan daripada 300,000 ujian saringan yang dijalankan sebulan lalu juga turun kepada 1.6%, terendah sejak awal tahun ini.

Itali mula melonggar sekatan pergerakan sejak 26 April lalu. – AFP, 23 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen