KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 17 kluster baharu Covid-19 termasuk tujuh tempat kerja, tujuh komuniti dan dua pusat keagamaan serta satu kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 17 kluster terbabit dikesan di Johor, Sabah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.
Ia sekaligus meningkatkan jumlah kluster aktif kepada 535 di seluruh negara.
Kluster terbabit adalah;
Tempat kerja
1. Jln Cemerlang Empat di Kuala Langat, Selangor (16)
2. Jln Lama Setia Tujuh di Johor Bahru, Johor (11)
3. Jln Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan (30)
4. Industri Nibong Tebal di Pulau Pinang (32)
5. Sg Batu di Raub, Pahang (27)
6. Jln Bypass Kuantan di Kuantan, Pahang (16)
7. Industri Batu Berendam di Alor Gajah Melaka (13)
Komuniti
8. Tmn Kesang Indah di Melaka dan Johor (26)
9. Kepulau Tumpat di Pasir Mas, Kelantan (15)
10. Kg Baldong Kecil di Pasir Mas (15)
11. Redong Satu di Segamat, Johor (20)
12. Abaha di Tawau, Sabah (38)
13. Indani di Semporna, Sabah (12)
14. Melikai di Labuan, Sabah (17)
Keagamaan
15. Lembah Keramat di Titiwangsa Kuala Lumpur (10)
16. Kg Gau di Temerloh, Pahang (16)
Kumpulan berisiko tinggi
17. Tmn Sg Jeloh di Hulu Langat, Selangor (18). – 22 Mei, 2021.
Komen