18 kluster baharu dikesan, 10 berkait tempat kerja


Ravin Palanisamy

Noor Hisham berkata, penambahan 18 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini kepada 1,984, di mana 529 di antaranya aktif. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 21 Mei, 2021.

PIHAK berkuasa kesihatan telah mengenal pasti 18 kluster baharu Covid-19 hari ini, dengan sebahagian besarnya berkait dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, 10 kluster dikesan di tempat kerja, lima berkait dengan aktiviti agama dan tiga melibatkan jangkitan komuniti.

Noor Hisham berkata, penambahan 18 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini kepada 1,984, di mana 529 di antaranya aktif.

18 kluster yang dikesan dalam 24 jam terakhir adalah:

Tempat kerja

1. Persiaran Perbandaran di Petaling, Klang dan Hulu Langat, Selangor dengan 25 kes positif

2. Industri Balakong Tiga di Hulu Langat, Sepang dan Petaling, Selangor (19 kes)

3. Jalan Wan Kadir tersebar di Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor (8 kes)

4. Jalan Simpang Tiga di Kuching, Samarahan, Serian dan Asajaya, Sarawak (14 kes)

5. Jalan Datin Halimah di Johor Bahru, Johor (10 kes)

6. Jalan Mengkibol di Kluang, Johor (25 kes)

7. Jalan Selat di Manjung, Perak (13 kes)

8. Industri Senawang di Kuala Pilah, Negri Sembilan (24 kes)

9. Sg Keluang 2 di Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (24 kes)

10. Kelemek Industri di Alor Gajah, Melaka (25 kes)

Agama

11. Jalan Kota Raja di Klang, Selangor (37 kes)

12. Kg Mujahidin di Kuala Langat, Selangor (41 kes)

13. Sri Penara di Cheras, Kuala Lumpur (29 kes)

14. Taman Setiawangsa di Titiwangsa, Kuala Lumpur (13 kes)

15. Jalan Surau Stulang di Johor Bahru, Johor (11 kes)

Jangkitan Komuniti

16. Susur Larut di Larut, Matang dan Selama, Perak (42 kes)

17. Jalan Tanjung Minyak di Melaka Tengah, Melaka (24 kes)

18. Simpang Sahari di Labuan (9 kes)

Noor Hisham berkata, sebanyak 17 kluster tamat hari ini, menjadikan jumlah kluster 1,455. – 21 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen