AS kekal di kedudukan teratas kes Covid-19


Amerika Syarikat (AS) kekal di kedudukan teratas dengan sejumlah 32,676,954 kes Covid-19 dan 581,605,166 kematian. – Gambar EPA, 20 Mei, 2021.

SEHINGGA 20 Mei Amerika Syarikat (AS) kekal di kedudukan teratas dengan sejumlah 32,676,954 kes Covid-19 dan 581,605,166 kematian.

Diikuti India dengan 25,772,440 kes dan 287,122 kematian. Brazil pula di kedudukan ketiga sebanyak 15,732,836 kes dan 439,050 kematian. 

Negara Asean termasuk Malaysia mencatatkan jumlah kes dan kematian lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, namun tetap berwaspada terhadap varian baharu. 

Semua negara tersenarai telah meningkatkan program vaksinasi kebangsaan dengan Vietnam pada Khamis mewujudkan dana vaksin Covid-19 untuk memenuhi permintaan yang tinggi.    

Jumlah itu berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara Asean, Our World Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Centre. – Bernama, 20 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen