ARGENTINA akan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya selama sembilan hari bermula esok susulan peningkatan kes Covid-19.
Presidennya Alberto Fernandez berkata negara itu merekodkan 35,000 kes baharu dalam tempoh sehari.
“Kita perlu terima yang kita berada dalam tempoh kritikal.
“Kita perlu bersama-sama mengatasi bencana ini,” katanya.
Wabak itu meragut hampir 73,000 nyawa di Amerika Selatan.
Hanya perniagaan yang dianggap penting akan terus dibuka sepanjang tempoh perintah berkurung yang bermula Sabtu ini.
Kelas secara bersemuka akan ditangguh, begitu juga dengan acara sosial, keagamaan dan sukan.
Sekatan baharu ini akan sama dengan yang dilakukan setahun lalu pada permulaan wabak melanda dalam usaha mengurangkan beban pusat kesihatan.
Pada Khamis, Argentina mencatatkan 435 lagi kematian akibat Covid-19. Sepanjang tujuh hari kebelakangan ini, terdapat purata sekitar 27,000 kes baharu dan hampir 500 kematian setiap hari.
Dari populasi 45,000 juta, setakat ini hampir 8.5 juta menerima vaksin dos pertama dan 2.2 juta sudah menerima vaksin sepenuhnya. – AFP, 21 Mei, 2021
Komen