SEBARANG keputusan untuk meletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh terletak di tangan kerajaan persekutuan, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Beliau berkata kerajaan negeri akan menerima dan menyokong sebarang keputusan yang diambil oleh Putrajaya termasuk PKP secara menyeluruh.
Bagaimanapun beliau menambah bahawa perlu ada langkah-langkah tindakan lanjut yang efektif dibuat bagi memastikan kehidupan orang ramai dan pendidikan pelajar tidak terjejas.
“Kuasa untuk mengumumkan PKP menyeluruh atau macam PKP 1.0 atau lebih ketat daripada itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai perdana menteri dan di bawah kerajaan persekutuan.
“Kerajaan negeri akan (bahkan) menerima penutupan ini dengan harapan ia dilihat secara holistik.
“(Jika dilaksanakan) kita perlu menjelaskan dan memastikan beberapa langkah diambil, misalnya pelaksanaan skema pembelajaran di rumah yang efisien dan komprehensif, bantuan kewangan langsung kepada kumpulan B40, SOP yang jelas serta tidak berulang.
“Mesti ada rancangan yang tidak tergesa-gesa, dan mempunyai ujian (swab) yang lebih banyak, lebih komprehensif dan lebih cepat di negeri ini,” katanya pada sidang media hari ini. – 19 Mei, 2021.
MENYUSUL
Komen