531 pesakit Covid-19 dimasukkan ke ICU


Noel Achariam

532 pesakit Covid-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi dalam tempoh 24 jam lalu. 47 kematian turut dilaporkan hari ini yang mana ia merupakan angka tertinggi sejak permulaan pandemik.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mei, 2021.

MALAYSIA hari ini merekodkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) tertinggi dengan 531 kes dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu mengatasi angka yang direkodkan semalam iaitu 522, dan ia menunjukkan peningkatan kes jangkitan baharu serta kemerosotan pesakit yang lebih cepat ke peringkat yang lebih tinggi.

Dr Noor Hisham berkata jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut meningkat lima orang kepada 277.

Malaysia hari ini merekodkan 4,865 kes baharu dan 47 kes kematian, yang merupakan kes kematian Covid-19 tertinggi di negara ini.

Sebanyak 3,497 kes pulih turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 432,600.

Noor Hisham juga berkata terdapat lima kes import melibatkan tiga warga Malaysia dan dua warga asing.

Beliau berkata kes tempatan melibatkan warga Malaysia adalah 4,860 manakala 210 adalah warga asing.

Tambahnya, 44,827 kes aktif turut dilaporkan di seluruh negara. – 18 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen