MALAYSIA masih merekodkan kes kematian Covid-19 tertinggi dengan 47 kes serta 4,865 kes jangkitan baharu di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam sebanyak 45 kes kematian direkodkan dan jumlah kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini 1,994.
Selangor terus mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu 1,743 kes daripada 4,865 kes di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua pengarah kesihatan memuat naik angka terbaharu di Twitter menunjukkan ia menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 479,421.
Menurutnya, negeri kedua tertinggi kes Covid-19 selepas Selangor adalah Sarawak dengan 512 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 477 kes.
Negeri lain adalah Johor dengan 407 kes, Kelantan (406), Kedah (244), Pulau Pinang (220), Perak (160), Terengganu (156) Pahang (152) Negeri Sembilan (149), Melaka (127), Sabah (95), Putrajaya (9), Labuan (6) dan Perlis (2).
Jumlah kes hari ini merupakan yang tertinggi dalam bulan ini selepas melepasi 4,000 kes lapan sebanyak lapan kali setakat ini.
Ia juga merupakan jumlah yang keempat tertinggi sejak permulaan pandemik tahun lalu. – 18 Mei, 2021.
Noor Hisham berkata kes kematian hari ini melibatkan 18 kes di Selangor, lima masing-masing di Sarawak dan Pulau Pinang, empat kes masing-masing di Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan, tiga kes di Perak, dua kes di Pahang dan satu masing-masing di Kedah dan Negeri Sembilan.
45 kematian mempunyai rekod penyakit serius, manakala dua lagi tiada rekod penyakit.
Salah satu kes kematian melibatkan warga asing.
Kes kematian paling tua melibatkan wanita berusia 94 tahun di Perak yang menghidap tekanan darah tinggi.
Manakala mangsa paling muda adalah wanita berusia 33 tahun di Kelantan. Mangsa menghidap asma dan obesiti. – 18 Mei, 2021.

Komen