PSM boleh bertanding di Sungai Siput jika Dr Jeyakumar kekal 


Ooi Choong Han

Pakatan Harapan benarkan PSM bertanding di Sungai Siput sekiranya penyandangnya Dr Michael Jeyakumar kekal bertanding di kerusi itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2018.

TERDAPAT sedikit ruang untuk rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tetapi PH akan membenarkan parti sosialis mengekalkan kerusi Sungai Siput di Perak sekiranya PSM mengekalkan penyandang Dr Michael Jeyakumar.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memberitahu The Malaysian Insight, pakatan pembangkang bersetuju untuk berdepan realiti pertandingan tiga penjuru dalam empat daripada lima kerusi Parlimen yang mahu ditandingi PSM ada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

“Kita tidak akan nafikan ruang untuk mereka, sekurang-kurangnya Sungai Siput, PH sudah mencapai persetujuan dalaman yang penyandang PSM Dr Jeyakumar boleh meneruskan untuk kekal atas tiket PKR,” katanya. 

Tambahnya, DAP Perak mahukan kerusi Sungai Siput tetapi bersetuju untuk membiarkan PKR kekalkan kerusi itu selagi Dr Jeyakumar kekal sebagai calon. 

Katanya, PH tidak boleh berunding dengan PSM untuk empat lagi kerusi lain – Batu Gajah, Subang, Hulu Langat dan Cameron Highlands – kerana pakatan pembangkang sudah memuktamadkan rundingan di Semenanjung dan bersetuju untuk membenarkan calon yang boleh menang untuk bertanding di semua kerusi. 

Dr Jeyakumar berkata PSM tidak akan bekerjasama dengan PH dan akan bertanding di Sunagi Siput di bawah logo partinya sendiri. 

Beliau berkata, PH hanya akan membenarkan PSM menyimpan kerusi sekiranya tidak bertanding di kerusi lain. 

PSM sebelum ini berkata , ia bercadang untuk bertanding di lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang. 

Dr Jeyakumar, 62, menewaskan presiden MIC Samy Vellu pada 2008 bagi kerusi Sungai Siput, kerusi yang dipegang oleh parti komponen Barisan Nasional sejak 1958, dengan 1,821 undi. 

Samy Vellu, yang merupakan menteri kerja raya ketika itu memegang kerusi Sungai Siput sejak 1974.

Dr Jeyakumar mula bertanding di bawah tiket DAP pada 1999 namun tewas kepada Samy Vellu dengan 5,259 undi. Beliau sekali lagi bertanding di bawah PSM pada 2004 namun tewas dengan majoriti lebih besar iaitu 10,349 undi. 

Pada PRU13, Dr Jeyakumar mengalahkan Timbalan Presiden MIC SK Devamany untuk merampas kerusi dengan majoriti yang lebih besar iaitu 2,793 undi. 

Pekerja ladang India dan pekebun kecil China membentuk 70% pengundi di Sungai Siput, dengan bakinya adalah orang Melayu. – 9 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • DAP dah goyang lah tu..mesti dah takut kalah..yg pasti PH tak akan menanglah PRU-14 nanti..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan