SEPARUH daripada 14 kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam terakhir dikaitkan dengan jangkitan komuniti, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata selain tujuh kluster komuniti, empat kluster agama dan tiga tempat kerja juga dikesan.
Noor Hisham berkata kluster itu tersebar di Kelantan, Pahang, Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Perak, Kuala Lumpur dan Kedah.
Beliau menambah bahawa kluster baharu meningkatkan jumlah kluster aktif kepada 484.
14 kluster yang dikesan dalam tempoh 24 jam terakhir adalah:
Komuniti
1. Taman Repek di Pasir Mas, Kelantan (9 kes)
2. Kampung Kual di Pasir Mas, Kelantan (15 kes)
3. Kampung Perah di Pasir Mas, Kelantan (22 kes)
4. Kampung Paya Teh di Jerantut, Pahang (68 kes)
5. Taman Jati di Bera dan Bentong, Pahang (13 kes)
6. Jalan Jambusan di Kuching dan Bau, Sarawak (17 kes)
7. Jalan Imam Jalilul di Tawau, Sabah (11 kes)
Pusat keagamaan
8. Kundang Jaya di Gombak, Selangor (36 kes)
9. Parit Kassan Jegol di Batu Pahat, Johor (22 kes)
10. Sungai Langgas di Kunak, Sabah (19 kes)
11. Jalan Kuak Luar tersebar di daerah Hulu Perak dan Cheras, Perak dan Kuala Lumpur (22 kes)
Tempat kerja
12. Jalan Jambu Bol di Petaling, Kuala Selangor, Klang dan Hulu Langat, Selangor (12 kes)
13. Jalan Kusta di Gombak dan Petaling, Selangor (70 kes)
14. Dah Serdang di Bandar Baru dan Kulim, Kedah (16 kes)
Noor Hisham juga berkata sebanyak 1,417 kluster di negara ini tamat. – 17 Mei, 2021.
Komen