Rumah anak yatim perlu bantuan, 35 kanak-kanak terperangkap akibat Covid-19 


Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi di Kajang melancarkan kutipan dana awam untuk menguruskan 35 kanak-kanak.– Gambar Facebook, 17 Mei, 2021.

PERTUBUHAN Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi di Kajang melancarkan kutipan dana awam bagi mendapatkan ubat-ubatan untuk kegunaan 35 orang kanak-kanak berikutan penularan Covid-19.

Menurut posting di Facebook yang dimuat naik oleh Azaad Mohamed Ummar pada Ahad, pihaknya memerlukan dana bagi membeli ubat-ubatan untuk kegunaan kanak-kanak berusia antara 16 dan 19 tahun selepas mengutip dana yang cukup untuk keperluan bekalan makanan.

“Jumlah yang dikuti setakat ini adalah RM19.107.89 walaupun sebelum ini kita menyasarkan RM15,000, kata Azaad malam tadi.

Menurut Azaad, rumah anak yatim berkenaan diuruskan oleh pasangan suami isteri, Tok Ayah dan Ummi.

Namun kematian Tok Ayah akibat Covid-19 minggu lalu dan Ummi dimasukkan ke hospital menyebabkan rumah anak-anak yatim berkenaan memerlukan bantuan orang rama, kata Azaad.

“Biasanya penjaga kanak-kanak ini akan bantu namun kesemua mereka disahkan positif Covid-19 dan tidak boleh lagi masuk ke premis itu.”

Sembilan daripada 35 kanak-kanak berkenaan disahkan positif Covid-19, dan lebih ramai lagi mula menunjukkan gejala, tambahnya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi anak Ummi, Sherry di talian 011-62628114. – 17 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen