Unicef gesa negara kaya kongsi vaksin Covid-19


Unicef berkata negara G7 dan Kesatuan Eropah masih boleh menyumbang lebih 150 juta vaksin Covid-19 kepada negara-negara yang memerlukan di seluruh dunia tanpa menjejaskan program imunisasi masing-masing. – Gambar EPA, 17 Mei, 2021.

NEGARA-negara G7 dan Kesatuan Eropah (EU) masih boleh menyumbang lebih 150 juta vaksin Covid-19 kepada negara-negara yang memerlukan di seluruh dunia tanpa menjejaskan program imunisasi masing-masing, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.

Unicef memetik kajian firma Britain Airfinity berkata kumpulan tujuh negara kaya itu dan EU itu akan merapatkan jurang bekalan dengan menyumbangkan hanya 20% stok vaksin bagi Jun, Julai dan Ogos melalui kemudahan Covax.

“Pada masa yang sama tidak mengganggu program vaksin di negara mereka sendiri,” kata Pengarah Unicef Henrietta Fore.

UK dijadual menjadi tuan rumah sidang kemuncak G7 yang terdiri daripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat bulan depan.

Program Covax yang diterajui bersama Pakatan Vaksin Global (GAVI), Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijangka kekurangan 190 juta dos vaksin Covid-19 menjelang Jun untuk diedarkan kepada negara-negara yang memerlukan. – AFP, 17 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen