Jawatankuasa bekalan vaksin nafi tempahan AstraZeneca dibuka


JKJAV dalam kenyataan malam tadi berkata pautan yang ditularkan hanya untuk pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bukan untuk vaksin AstraZeneca. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2021.

TEMPAHAN untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pautan yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.

Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter. – Bernama, 17 Mei, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen