KKM kesan 15 kluster baharu


Sebanyak 10 kluster turut ditamatkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang ditamatkan ialah 1,410 manakala kluster aktif sebanyak 466, kata KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2021.

SEBANYAK sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan hari ini termasuk lapan kluster di tempat kerja, keagamaan (empat), pendidikan (dua) dan kumpulan berisiko tinggi (satu), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Lebuh Sultan dan Sungai Pinang Tujuh di Selangor, Tapak Bina Persiaran Stonor (Kuala Lumpur), Jalan Kilang Midah (Kuala Lumpur dan Selangor), Jalan Tey Mia Jen, Jalan Perindustrian Tiga serta Jalan Bertingkat Skudai (Johor) dan Perusahaan Maju Lapan (Pulau Pinang). 

Dr Noor Hisham berkata kluster keagamaan pula melibatkan Kluster Jalan Keramat Wangsa di Kuala Lumpur, Jalan Telipot (Kelantan), Persiaran Lavender (Negeri Sembilan) dan Kemunting (Pahang).

“Kluster pendidikan melibatkan Kluster Jalan Alsagoff (Johor) dan Impian Indah (Selangor) manakala kluster kumpulan berisiko tinggi pula melibatkan Kluster Jalan Sultan Azlan Shah di Pulau Pinang,” menurutnya dalam kenyataan mengenai situasi semasa penularan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata sebanyak 10 kluster turut ditamatkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang ditamatkan ialah 1,410 manakala kluster aktif sebanyak 466. – 15 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen