Kes Covid-19 di Taiwan naik mendadak


Taiwan menjadi contoh di seluruh dunia kerana kejayaannya mengawal pandemik Covid-19 selepas hanya merekodkan 1,500 kes dan 12 kematian sejak penularan wabak itu pada tahun lepas. – Gambar AFP, 15 Mei, 2021.

TAIWAN mengetatkan langkah penjarakan sosial di ibu negara dan kawasan berhampiran susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara itu.

Pihak berkuasa memberi amaran di Taipei dan New Taipei City selepas 180 kes baharu dikesan, peningkatan mendadak berbanding 29 kes sehari sebelumnya.

Antara larangan yang dikuatkuasakan termasuk tidak membenarkan lebih lima orang berkumpul di kawasan tertutup dan hanya 10 orang sahaja di kawasan terbuka.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak melaksanakan perintah berkurung secara menyeluruh.

Sekolah, pejabat kerajaan, tempat kerja dan perniagaan boleh beropeasi seperti biasa tetapi amalan penjarakan sosial serta pelitup muka perlu dipakai sepanjang masa.

Taiwan menjadi contoh di seluruh dunia kerana kejayaannya mengawal pandemik Covid-19 selepas hanya merekodkan 1,500 kes dan 12 kematian sejak penularan wabak itu pada tahun lepas.

Langkah ketat itu diambil selepas pihak berkuasa mengarahkan penutupan sebuah pusat hiburan yang dipercayai punca penularan terbaru itu.

Arahan sama turut terpakai kepada kelab tarian, bar, pusat karaoke, kelab malam, sauna dan kafe internet.

Selain itu kemudahan majlis perbandaran termasuk perpustakaan dan pusat sukan juga akan ditutup. – AFP, 15 Mei, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen