13 kluster baharu Covid-19 di tempat kerja, komuniti, kata KP Kesihatan


Seorang bayi mencium tangan datuknya di sempadan Selangor-Negeri Sembilan pada hari raya pertama. Hari ini Malaysia melaporkan 13 kluster melibatkan tempat kerja, komuniti, pusat pendidikan, pusat agama dan kumpulan berisiko tinggi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Mei, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini merekodkan 13 kluster baharu Covid-19 melibatkan empat tempat kerja, empat komuniti, dua pusat pendidikan, dua pusat agama dan satu kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 13 kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

Jumlah kluster hari ini menjadikan keseluruhan kluster sebanyak 1,861 dengan 461 kluster masih aktif di seluruh negara.

Tempat kerja

1. Jln Perindustrian Balakong di Hulu Langat, Selangor dengan 137 kes.

2. Persiaran Utara di Kota Tinggi, Johor dengan 12 kes.

3. Tanjung Dungun di Marang, Kuala Terengganu dengan dua kes.

4. Menara Jalan Putra di Kuantan, Pahang dengan 7 kes.

Komuniti

5. Jalan Mawar di Kota Tinggi, Johor dengan 3 kes.

6. Sungai Labah di Pekan, Pahang dengan 18 kes.

7. Sg Rayah di Meradong, Sarawak dengan 12 kes.

8. Bukit Pauh di Terengganu, Pahang dan Selangor dengan 10 kes.

Pendidikan

9. Lembah Pantai Permai di Seberang Prai, Pulau Pinang dengan 4 kes.

10. Jln Tegas di Petaling, Gombak, Klang, Selangor dengan 9 kes.

Agama

11. Dah Mahsuri di Kubang Pasu, Kedah dengan 19 kes.

12. Kg Batu Muda di Kepong, Kuala Lumpur dengan 9 kes.

Berisiko tinggi

13. Lebuh Katz di Timur Laut, Pulau Pinang dengan 20 kes.  – 14 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen